Thursday, June 11, 2015

Adakah Shaklee National Conference 2015 hebat?

Mungkin ini adalah pertama kali saya cerita tentang Shaklee National Conference walaupun Shaklee adakan sambutan gilang gemilang ini setiap tahun. Shaklee National Conference bermaksud Persidangan Kebangsaan Shaklee, seperti hari Guru Cemerlang, atau Recognition Awards atau yang sewaktu denganya tapi hanya untuk Pengedar Bebas Shaklee di Malaysia. Persidangan Kebangsaan ini adalah hari penganugerahan untuk para pengedar bebas Shaklee atau yang lebih dikenali sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) yang telah berjaya meraih anugerah hasil daripada usaha mereka sendiri. Semua SID berpeluang untuk menerima anugerah ini dan menariknya jumlah bilangan penerima anugerah ini semakin ramai setiap tahun. Hebat bukan? Bukan setakat itu sahaja, semua SID yang layak menikmati percutian 5 bintang bersama SID hebat yang lain. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada semua yang layak! Mudah-mudahan saya akan berjumpa dengan semua SID hebat pula pada tahun akan datang. 2016, saya datang.


Click PLAY to start viewing the video.
Feel free to share this post to others. 
To be part of our Family too.

Mari tengok gambar gambar sekitar Shaklee National Conference 2015 pula. (Dalam keadaan tidak tersusun.)



















Jangan lupa untuk like www.facebook.com/borneovita

Saturday, February 28, 2015

Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Hello semua, sorrylah sebab terlalu sibuk dengan offline promotion sampai tidak pula terupdate blog. Sekarang ni saya berada di Manila, Filipina atas urus kerjaya saya dan pada waktu yang sama juga seorang kawan yang bernama Jen (bukan nama sebenar) whatsapp dengan saya bertanya tentang kes demam denggi yang menular di tempat diorang. (Kes demam denggi menular ka? Saya ada sedikit 'surprise' la sebab tidak update dengan kes ni.) Pada mulanya dia tanya tentang hal2 lain (seperti minta gift dari Filipina -- Hehehe jangan risau Jen, saya sudah beli), lepas tu dia bagitau pasal kes demam denggi sebab dia ada anak kecil di rumah dan takut-takut kalau anak kecil tu kena gigit nyamuk denggi. Sebagai seorang ibu, memang naluri ibu sangat-sangat emosional apabila bercakap tentang kesihatan anak. Apalagi kalau anak sulung, atau ibu yang baru saja masuk ke alam ibu ibu. Macam saya juga, saya pun mau anak saya sentiada sihat dan ceria. (Syukurlah sihat melebihi apa yang diharapkan)
So saya share dengan dia (dimana saya akan share juga disini untuk semua), sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, keperluan vitamin yang seimbang dalam badan adalah amat penting, dan untuk menjaga kesihatan ibu, saya mengamalkan set ibu menyusu (full) dan nutriferon untuk immune booster. Dan apabila anak saya sudah berumur 1 tahun, saya bagi minum French Vanilla Mealshake Shaklee dengan menambah 1 sudu kecil ke dalam susu formula sekali sehari. Saya sangat bersyukur sebab sehingga sekarang anak saya masih lagi sihat dan ceria. Pernah juga anak saya rasa macam mau demam tapi lepas tidur bangun, sudah baik. Apabila anak saya sihat, saya pun jadi lebih produktif dalam setiap hal yang saya buat, termasuk jaga makan minum sekeluarga. Siapa juga yang mau sakit kan? Tapi tidak semua yang mau jaga kesihatan. Saya pun begitu juga dulu, tapi bila sudah ada banyak komitmen, rasanya belum terlambat cuma ada sedikit menyesal sebab lambat jadi member Shaklee dari awal lagi. But, better be late than never orang putih cakap.

Saya juga mau sharing video khas dari Nutritionist Shaklee membincangkan tentang hal-hal berkaitan dengan demam denggi. Selamat menonton dan semoga sihat selalu. Take care your body so you can do a lot more fun in your life. 


Love,
Girllyen Marcie

#sayajualShaklee

Please like my BorneoVita facebook page to see more updates.

Tuesday, July 8, 2014

Berminat dengan kerja offshore?

Ada siapa yang berminat mau kerja offshore? Atau dengan Oil and Gas company? 

Ramai yang tanya macam mana mau masuk kerja offshore dengan saya baru baru ni, biasalah, orang muda sekarang suka 'short-cut', fikir sudah habis study, boleh terus apply kerja offshore. Tapi kalau keputusan baik macam mana sekalipun, kalau kadar kolesterol tinggi, atau BMI overweight, bagus fikir macam mana mau kasi turun kolesterol dulu. Kalau ada masalah berat badan atau BMI lari dari normal, selesaikan dulu masalah tu sebelum apply, nanti sudah pass interview, kecewa pula tidak dapat naik offshore. 


Cabaran Era Masa Kini

Adakah Anda Salah Seorang dari 6 juta Warga Malaysia Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda, KOlesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah anda:

►LDL (Lipoprotein kutumpatan rendah)
►HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagi kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Jika anda mempunyai tinggi kolesterol

- Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
- Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
- Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hato seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

Apakah Penyebab Utama Tinggi kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu cuba anda bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini.

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil lebih kolesterol dari yang disyorkan.

BERTINDAK HARI INI : Ikuti petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi

- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap
- Turunkan berat badan
- Institut kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL


Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhanwujud secara semulajadidalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Jadi, Bagaimanakah Fitosterol berkesan?

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol, Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.

Berapa Banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

Bertindak hari ini secara semulajadi dengan Phytocol-ST Shaklee

Klik di sini untuk order online: Phytocol-ST

 Feel Free to Like & Share
 www.facebook.com/borneovita

Veralyn Marcie
SID: 1069806
www.borneovita.blogspot.com
Alami sendiri keistimewaan Shaklee yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam

Credit photo: http://www.poweroilandgas.com/2011/12/site-visit-to-st-joseph-platform.html
Credit info: Blossommommy Blogspot