Showing posts with label OmegaGuard™. Show all posts
Showing posts with label OmegaGuard™. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Set Gout Shaklee

Semalam saya bercerita pasal Performance Drink, dan tidak sangka pula minum bertenaga ini bukan saja boleh menambah tenaga, tapi juga membantu penghidap gout, ini yang saya belajar hari ini. 

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling. Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut. Ini adalah contoh makanan yang perlu dielakkan, organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak, ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin, daging yang cincang, ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging, makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:

Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Omega Guard - untuk mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Advanced Joint Health - menyokong kesihatan sendiri dengan 3 cara, meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen antara sendi, memelihara kesihatan tisu penyambung

Performance Drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak alami dehidrasi


Monday, November 11, 2013

Kenapa saya pilih Shaklee?

Mungkin kamu hairan, kenapa selama ini saya langsung tidak berminat menjual produk lebih lebih lagi melibatkan MLM. Asal sebut saja MLM, saya terus ignore, atau lari, atau angkat tangan sorry saya tidak berminat. Sebab utama saya menyertai Shaklee ini adalah bukan sebab ingin mengejar kekayaan, atau pendek kata mahu mengaut keuntungan dengan menjual produk Shaklee. Tapi, adalah sebab produk Shaklee telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja membantu kesihatan saya sendiri, tapi orang yang saya sayang juga.

Saya telah mengenali Shaklee sudah lama, namun tidak mengetahui fungsi ataupun produk yang ada dalam Shaklee. Pada suatu hari, hati saya tergerak untuk mencari melalui google 'vitamin untuk ibu mengandung', sebab pada ketika itu saya sudah pun mengandung 7 bulan dan selalu merasakan badan saya terlalu penat untuk bekerja dan hanya bergantung dengan obimin atau folic asid yang diberikan oleh doktor. Masa yang sama, tekanan darah saya tinggi disebabkan kerja yang banyak dan selalu tidak cukup rehat.
Ini bermakna ramai yang menggunakan vitamin Shaklee

Hampir sebulan saya berfikir sehinggalah saya mencuba set mengandung Shaklee pada trimester ketiga. Selepas dua minggu menggunakan Shaklee, tekanan darah saya kembali normal, dan doktor pun mendapati saya lebih bertenaga dan bayi dalam kandungan pun membesar dengan baik. Anak pertama saya lahir pada 17 Julai 2013 dengan berat 3.6kg. Sejak dari itu, saya mengambil supplement Shaklee dan telah pun menjadi Pengedar Bebas Shaklee yang sah pada 16 Oktober 2013. Kepada ibu ibu yang tengah hamil, saya cadangkan mengambil set Shaklee ini, belum cuba belum tahu dan saya percaya kamu akan berterima kasih dengan Shaklee apabila sudah mencuba.

Bagi ibu ibu yang sedang mengandung dan ingin mencuba produk Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya.

Dapatkan hari ini dengan saya.

Girllyen Marcie
ID: 1069806

Call/SMS/Whatsapp: 019-831-2098
Email: askborneovita@gmail.com
FB: www.facebook.com/borneovita

Wednesday, November 6, 2013

Kesihatan Jantung - OmegaGuard™

WM: RM136  EM: RM140

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Rujukan:  Shaklee.com.my

Dapatkan hari ini dengan saya.

Girllyen Marcie
ID: 1069806

Call/SMS/Whatsapp: 019-831-2098
Email: borneovita.shaklee@gmail.com
FB: www.facebook.com/borneovita