Showing posts with label Performance® Maximum. Show all posts
Showing posts with label Performance® Maximum. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Set Gout Shaklee

Semalam saya bercerita pasal Performance Drink, dan tidak sangka pula minum bertenaga ini bukan saja boleh menambah tenaga, tapi juga membantu penghidap gout, ini yang saya belajar hari ini. 

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling. Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut. Ini adalah contoh makanan yang perlu dielakkan, organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak, ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin, daging yang cincang, ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging, makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:

Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Omega Guard - untuk mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Advanced Joint Health - menyokong kesihatan sendiri dengan 3 cara, meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen antara sendi, memelihara kesihatan tisu penyambung

Performance Drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak alami dehidrasi


Monday, November 18, 2013

Minuman Bertenaga - Performance Natural Orange

Selamat tengahari semua, macam mana weekend kamu? Harap siok macam saya juga. Semalam saya ada satu 'projek sains' yang saya buat dirumah, nanti saya akan kongsikan lepas kasi pindah gambar dalam kamera saya nanti.

Hari ini, saya mau share pasal Performance Orang Natural - Performance Drink dari Shaklee. Saya peminat minuman isotonik macam 100plus, Revive, Livita tu sebab saya jenis yang aktif, banyak guna pergerakkan fizikal, lagi lagi sebab kerja yang memang perlu banyak pergerakkan. Saya bukan yang duduk dalam pejabat saja 1 hari. Kalaulah saya dari awal lagi tahu pasal Performance drink ini, gerenti saya minum ini saja sebab sudahlah kurang gula, bukan minuman berkarbonat lagi. Jadi selamatlah untuk ibu menyusu anak, untuk yang gout pun boleh, supaya tidak masuk angin.

Macam mana pula rupa bentuk Performance drink ni? Dia dalam bentuk serbuk, boleh guna air suam atau air sejuk. Kamu imagine sajalah air sirap oren yang sedap kamu minum diwaktu panas, berais tapi untuk tenaga yang umph! Satu lagi, boleh share dengan satu family bila bila masa.



Kelebihan Performance – Natural Orange Shaklee
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- membekalkan tenaga dan daya ketahan fizikal
- Mengelakkan badan kehilangan air
- Mengekalkan paras gula

Sangat sesuai untuk
- Atlit
- Orang yang menjalani hidup aktif dan lasak
- Zumba/Bokwa/Salsa dan aktiviti yang 'high intensity'
- Orang yang selalu tidur lewat malam
- Orang yang selalu keletihan
- Orang yang tiada selera makan
- Orang yang paras gula rendah

Terbukti secara klinikal
- Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
- Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
- Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina

Ada banyak lagi kebaikan performance drink ni, boleh google kalau mau tahu lebih dalam. Di bawah adalah testimoni dari member yang lain. Selamat mencuba! ;)





Wednesday, November 6, 2013

Nutrisi Para Atlet Sukan - Performance® Maximum

WM: RM82.50   EM: RM87.50

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Rujukan: Shaklee.com.my

Dapatkan hari ini dengan saya.

Girllyen Marcie
ID: 1069806

Call/SMS/Whatsapp: 019-831-2098
Email: borneovita.shaklee@gmail.com
FB: www.facebook.com/borneovita