Thursday, November 28, 2013

Shaklee Di Bawah RM50

Ramai sudah yang tau pasal Shaklee tapi rasa produk Shaklee mahal, tapi sebenarnya, kalau dikira kuantiti tablet tu, barangan Shaklee adalah murah dan sangat berbaloi sebab dia sentiasa selamat, berkesan dan hijau yang bermaksud dari alam semulajadi sahaja dan paling penting lagi adalah Halal. Share dengan keluarga dan kawan-kawan hari ini, dan boleh pesan dengan saya. Penghantaran ke seluruh Malaysia.


Tuesday, November 26, 2013

Motivation & Recognition Rally - 9 November 2013

Sebenarnya, ini cerita lama sudah, first time join function Shaklee ni. Cuma mau kongsi gambar dan kisahkan pengalaman ikut function ni. Function ni mengisahkan cerita pengalaman 2 master yang hebat, dan salah seorang tu ialah Master Aya yang berasal dari Sabah dan seorang lagi tu Master Norhalimatul dengan kisah yang berbeza. Master Aya menceritakan bagaimana dia bermula dengan Shaklee ni, dari paksaan menjadi seorang yang menerima bonus 5 angka setiap bulan. Siapa sangka, dengan paksaan yang direlakan menjadikan dia seorang yang dikagumi dan pendorong cita-cita kami yang sedang melangkah ke alam yang sama melalui Shaklee. Master Aya juga mengatakan, "Kehidupan adalah anugerah. Ia datang dengan keistimewaan, peluang dan tanggungjawab untuk memberi dan menerima tanpa batas." Jadi janganlah berhenti berharap, rebutlah peluang yang ada dan sentiasa berusaha untuk menjadikan impian itu jadi kenyataan. Kini Master Aya tengah membina rumah yang lebih besar disamping kereta mewah yang dimiliki melalui Shaklee. Tiada yang mustahil bukan. Mungkin sekarang kita terasa sangat susah untuk mencapai apa yang kita hendak, tapi dengan usaha dan hati yang ikhlas, tentu buahkan hasil yang baik.
Lain pula cerita daripada Mas Norhalimatul. Dia adalah seorang peguam, yang sudah mempunyai kehidupan yang baik, rumah yang besar, memiliki sebiji kereta BMW, BMW ok, bukan BMX. Dan kenapa dia telah memilih Shaklee sebagai 'kerjaya' dia? Sedangkan kita semua tahu, bukan sikit gaji seorang peguam bukan? Namun, apa yang dikongsikannya ialah, ya, seorang peguam mungkin mempunyai semua harta yang boleh dimiliki dengan senang, namun, kerja seorang peguam menggunakan masa 24jam untuk bertugas, dan tidak kira hujung minggu atau bukan. Dia memilih Shaklee sebab dia percaya yang apa yang dia hendak akan dia miliki dengan usaha yang tersendiri. Saya ada sedikit sebak apabila, dia menceritakan bahawa anaknya meminta dia untuk temankan 1 hari ketika dia tengah sibuk melihat kertas kerjanya di rumah. Sebagai working mom, saya sangat memahami keadaan ini dan terkedu sekejap mengenangkan anak kecil di rumah ni. Suatu hari, saya juga berharap mencontohi jejak langkah master-master ini dan dapat meluangkan masa yang banyak kepada anak-anak ketika mereka masih kecil, sebab tatkala kita sibuk bekerja, disitu jugalah si kecil membesar, dan mungkin apabila kita sudah berusia, anak yang kecil itu sudah besar dan mungkin telah berkahwin, dan mungkin masa itulah kita akan terfikir, dimanakan kita waktu mereka belajar untuk mengenal dunia. Renungkanlah akan masa depan mereka. Marilah kita sama-sama melangkah maju ke hadapan, dan mencuba sesuatu yang mungkin akan mengubah nasib kita akan datang. Jaga kesihatan di samping berniaga secara halal. Saya harap suatu hari nanti, kamu akan menghubungi saya dan bertanya khabar. Usah ragu-ragu, menjadi ahli Shaklee amatlah senang dan produk pun sangat bagus. 













Friday, November 22, 2013

Manfaat Kesihatan - Vivix™

Pagi tadi, sepupu saya datang rumah dan bagitau saya yang dia memerlukan beberapa vitamin Shaklee, dari set sendi, set gastrik sampailah set kecantikan kulit. Jika mengikut pengambilan set-set ini, bermaksud dia memerlukan B Complex, Vita C, Vita E, Alfalfa, Ostematrix, Vita Lea dan Advanced Joint Health Tablet yang berjumlah RM699 (harga Sabah/Sarawak) yang juga melayakkan dia untuk mendapatkan free membership. Namun, dengan keadaan masanya yang tidak berapa flexible (bekerja sebagai tourist guide), saya syorkan dia mengambil 1 produk saja iaitu Vivix™. Sebotol Vivix™ berharga RM499 (bagi Sabah/Sarawak) dan pada bulan ini, promosi bagi yang membuat pembelian 6 botol dapat free 1 botol Vivix™. Kalau rasa mahal, dapatkan harga menarik dari saya atau berkongsi dengan ahli keluarga dan dapatkan 7 botol Vivix™ dengan harga 6 botol sahaja. Mari kenali kehebatkan Vivix™ ini.

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix™ juga berperanan:-

  • Mengurangkan komplikasi kencing manis
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menggalakkan Penuaan yang sihat
  • Membantu mengelakkan kanser
  • Meningkatkan kesihatan arthritis & menyokong kesihatan sendi
  • Bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan


Bayangkan 10x ganda lebih hebat dari resveratrol, dan apa lagi kegunaan resveratrol ini? Sila lihat dibawah.

Bagaimana? Masih ragu-ragu dengan kehebatan Vivix™?

Kalaulah Vivix™ ditemui sebelum ayah saya meninggal, sudah tentu dia masih tersenyum bersama kami sekeluarga pada saat ini. Sekirnya kamu masih ada perasaan untuk ibu bapa kamu yang memerlukan, ingatlah Shaklee adalah produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 2 Ogos 2010.

Siapa tidak mahu hidup macam orang muda?

Kiralah sendiri.

Dapatkan 2 botol Vivix™ sekarang dan rebut peluang menjadi ahli secara percuma! Sah hingga hujung bulan November sahaja.