Semalam saya bercerita pasal Performance Drink, dan tidak sangka pula minum bertenaga ini bukan saja boleh menambah tenaga, tapi juga membantu penghidap gout, ini yang saya belajar hari ini.
Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling. Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.
Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.
Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut. Ini adalah contoh makanan yang perlu dielakkan, organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak, ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin, daging yang cincang, ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging, makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:
Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.
Omega Guard - untuk mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Advanced Joint Health - menyokong kesihatan sendiri dengan 3 cara, meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen antara sendi, memelihara kesihatan tisu penyambung
Performance Drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak alami dehidrasi

No comments:
Post a Comment