Sunday, March 9, 2014

Suplemen Untuk Ibu Bekerja

Petikan daripada Majalah iSihat, April 2013, Muka Surat 49.

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen & keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik & awet muda tanpa perlu bersenam & menjaga pemakanan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran & pengambilan pemakanan segera & tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:
> 3-5 sajian sayur-sayuran
> 2-4 sajian buah-buahan
> 2-3 sajian jika susu, yogurt & keju
> 2-3 sajian daging, ayam, ikan, telur atau kekacang
> lemak, minyak & gula atau manisan secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee & pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi 3 masalah.

Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet. Kedua, jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk petlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa. Ketiga, sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yg utama dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral & protein.

Kemudian, berasaskan keperluan & gaya hidup anda, tambah vitamin C, B kompleks & vitamin E.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat.

Apa bezanya Shaklee?
Seseorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik & asli buat keluarga & diri agar kekal sihat & ceria untuk menjaga keluarganya. Ramai yang sering bertanya Apa lebihnya Shaklee dari yang lain? Shaklee sering menekankan "The Shaklee Different" ~ Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam. Setiap produk yang dikeluarkan daripada suplemen, isi rumah & juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji & mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan didalam jurnal-jurnal perubatan.

Shaklee Advanced Joint Health Jaga Kesihatan Sendi

Petikan daripada Majalah iSihat, September 2012, Muka Surat 75

Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari


Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.

Produk terbaru Shaklee Advanced Joint Health adalah produk terbaru Shaklee yang mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting termasuk zink, tembaga, vitamin C dan mangan untuk membantu keselesaan sendi dan pergerakan. Hasilnya sendi lebih kuat , fleksibel dan mampu bergerak dengan lebih mudah.

Ia menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral juga formula sayur-sayuran 100%. Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:

- Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
- Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
- Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet juga 100% BEBAS kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung dengan lebih baik. Ini kerana penyelidikan terbaru menunjukkan yang sulfat kondroitin boleh menganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina.


Friday, March 7, 2014

Tip Tingkatkan Susu Ibu

Petikan daripada Majalah I-Sihat, Mei 2013, muka surat 46

Ibu permata hati. Ibu teman sejati. Biarpun pelbagai jolokan diberi; mummy,mama, emak,mak dan umi dan sebagainya namun orangnya tetap sama. Orang teristimewa dan yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman susah senang tatkala duka dan suka yang kita akan kenang dan ingat sampai mati. Walau sebutan ibu semudah 2 suku kata, namun menjadi dan mengalas tuhas seorang ibu bukanlah semudah disangka.

Banyak yang perlu dikorbankan-masa,tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga juga segala yang menjadi miliknya demi sebuah keluarga. Justeru itu sesuai sangatlah para ibu diraikan dengan satu hari istimewa iaitu HARI IBU.

Ibu sihat bermula dengan nutrisi yang betul. Sememangnya dlm memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka dahulu, Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Justeru itu pengambilan suplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan  kesihatan diri apatah lagi bagi bayi yang menyusu susu ibu. Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia  di mana rakyat Malaysia lebih suka makanan yang sedap berbanding makanan sihat. Ini meruntun para ibu memberikan perhatian kepada suplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Penyusuan susu ibu.
Ramai yang telah sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu sendiri kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik dan nutrisi betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung dipasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan memberi anak susu tepung.

Ketahui  RAHSIA vitamin SHAKLEE
Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi  keperluan nutrient penyusuan ibu. 

Vitamin seperti Multivitamin, Protein, Vitamin C, Vitamin B kompleks, kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Anda tidak akan menyesal kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Disarankan menyusui bayi secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua, sesiapa jua.

Protein Hebat Untuk Tenaga Berkekalan

Petikan daripada Majalah Wanita, Januari 2014, muka surat 86-87.

Protein penting kepada manusia kerana ia merupakan asas blok binaan bagi pembinaan oto, pemulihan tisu, sistem imuniti badan dan hampir keseluruhan fungsi tubuh badan. Biasanya, kandungan protein boleh didapati daripada sumber makanan seperti daging, ayam, ikan dan kekacang.

Sebagai alternatif kepada sumber makanan ini, Shaklee tampil dengan produknya yang dikenali dengan ESP Soy Protein Isolate Powder. Berasaskan tumbuhan semula jadi yang berkualiti tinggi, protein ini mengandungi 14 gram protein soya dan 500 miligram kalsium bagi setiap hidangan di mana ia sangat baik untuk kesihatan jantung.

Selain itu, ESP Soy Protein Isolate Powder membantu mengekalkan otot, menstabilkan hormon serta memperbaiki tidu dan menghasilkan enzim. Malah kehadiran protein ini menyokong sistem imuniti badan, mengekalkan tahap kolesterol pada tahap normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Paras indeksnya yang rendak pula membantu mengekalkan paras gula dalam darah pada aras normal.

Sementara itu, kandungan Kacang Soya atau nama saintifiknya, Glycine max yang terdapat dalam ESP Soy Protein Isolate Powder mampu menangkis rasa lapar kerana ia membekanlkan tenaga yang berpanjangan dalam tubuh badan. Produk tenusu dan soya yang berbentuk bukan GMO pada protein ini dijamin berkualiti tinggi untuk mengekalkan tenaga, kecergasan dan stamina.

Lebih istimewa, ESP Soy Protein Isolate Powder bercirikan rendah lemak, bebas kolesterol dan diperkaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal yang mana dapat mengekalkan tenaga badan manusia. Oleh itu, pengambilan ESP soy Protein Isolate Powder daripada produk Shaklee yang berasaskan tumbuhan semula jadinya itu terbukti selamat, berkesan dan halal.