Friday, March 7, 2014

Protein Hebat Untuk Tenaga Berkekalan

Petikan daripada Majalah Wanita, Januari 2014, muka surat 86-87.

Protein penting kepada manusia kerana ia merupakan asas blok binaan bagi pembinaan oto, pemulihan tisu, sistem imuniti badan dan hampir keseluruhan fungsi tubuh badan. Biasanya, kandungan protein boleh didapati daripada sumber makanan seperti daging, ayam, ikan dan kekacang.

Sebagai alternatif kepada sumber makanan ini, Shaklee tampil dengan produknya yang dikenali dengan ESP Soy Protein Isolate Powder. Berasaskan tumbuhan semula jadi yang berkualiti tinggi, protein ini mengandungi 14 gram protein soya dan 500 miligram kalsium bagi setiap hidangan di mana ia sangat baik untuk kesihatan jantung.

Selain itu, ESP Soy Protein Isolate Powder membantu mengekalkan otot, menstabilkan hormon serta memperbaiki tidu dan menghasilkan enzim. Malah kehadiran protein ini menyokong sistem imuniti badan, mengekalkan tahap kolesterol pada tahap normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Paras indeksnya yang rendak pula membantu mengekalkan paras gula dalam darah pada aras normal.

Sementara itu, kandungan Kacang Soya atau nama saintifiknya, Glycine max yang terdapat dalam ESP Soy Protein Isolate Powder mampu menangkis rasa lapar kerana ia membekanlkan tenaga yang berpanjangan dalam tubuh badan. Produk tenusu dan soya yang berbentuk bukan GMO pada protein ini dijamin berkualiti tinggi untuk mengekalkan tenaga, kecergasan dan stamina.

Lebih istimewa, ESP Soy Protein Isolate Powder bercirikan rendah lemak, bebas kolesterol dan diperkaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal yang mana dapat mengekalkan tenaga badan manusia. Oleh itu, pengambilan ESP soy Protein Isolate Powder daripada produk Shaklee yang berasaskan tumbuhan semula jadinya itu terbukti selamat, berkesan dan halal.


No comments: