Thursday, June 11, 2015

Adakah Shaklee National Conference 2015 hebat?

Mungkin ini adalah pertama kali saya cerita tentang Shaklee National Conference walaupun Shaklee adakan sambutan gilang gemilang ini setiap tahun. Shaklee National Conference bermaksud Persidangan Kebangsaan Shaklee, seperti hari Guru Cemerlang, atau Recognition Awards atau yang sewaktu denganya tapi hanya untuk Pengedar Bebas Shaklee di Malaysia. Persidangan Kebangsaan ini adalah hari penganugerahan untuk para pengedar bebas Shaklee atau yang lebih dikenali sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) yang telah berjaya meraih anugerah hasil daripada usaha mereka sendiri. Semua SID berpeluang untuk menerima anugerah ini dan menariknya jumlah bilangan penerima anugerah ini semakin ramai setiap tahun. Hebat bukan? Bukan setakat itu sahaja, semua SID yang layak menikmati percutian 5 bintang bersama SID hebat yang lain. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada semua yang layak! Mudah-mudahan saya akan berjumpa dengan semua SID hebat pula pada tahun akan datang. 2016, saya datang.


Click PLAY to start viewing the video.
Feel free to share this post to others. 
To be part of our Family too.

Mari tengok gambar gambar sekitar Shaklee National Conference 2015 pula. (Dalam keadaan tidak tersusun.)



















Jangan lupa untuk like www.facebook.com/borneovita

Saturday, February 28, 2015

Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Hello semua, sorrylah sebab terlalu sibuk dengan offline promotion sampai tidak pula terupdate blog. Sekarang ni saya berada di Manila, Filipina atas urus kerjaya saya dan pada waktu yang sama juga seorang kawan yang bernama Jen (bukan nama sebenar) whatsapp dengan saya bertanya tentang kes demam denggi yang menular di tempat diorang. (Kes demam denggi menular ka? Saya ada sedikit 'surprise' la sebab tidak update dengan kes ni.) Pada mulanya dia tanya tentang hal2 lain (seperti minta gift dari Filipina -- Hehehe jangan risau Jen, saya sudah beli), lepas tu dia bagitau pasal kes demam denggi sebab dia ada anak kecil di rumah dan takut-takut kalau anak kecil tu kena gigit nyamuk denggi. Sebagai seorang ibu, memang naluri ibu sangat-sangat emosional apabila bercakap tentang kesihatan anak. Apalagi kalau anak sulung, atau ibu yang baru saja masuk ke alam ibu ibu. Macam saya juga, saya pun mau anak saya sentiada sihat dan ceria. (Syukurlah sihat melebihi apa yang diharapkan)
So saya share dengan dia (dimana saya akan share juga disini untuk semua), sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, keperluan vitamin yang seimbang dalam badan adalah amat penting, dan untuk menjaga kesihatan ibu, saya mengamalkan set ibu menyusu (full) dan nutriferon untuk immune booster. Dan apabila anak saya sudah berumur 1 tahun, saya bagi minum French Vanilla Mealshake Shaklee dengan menambah 1 sudu kecil ke dalam susu formula sekali sehari. Saya sangat bersyukur sebab sehingga sekarang anak saya masih lagi sihat dan ceria. Pernah juga anak saya rasa macam mau demam tapi lepas tidur bangun, sudah baik. Apabila anak saya sihat, saya pun jadi lebih produktif dalam setiap hal yang saya buat, termasuk jaga makan minum sekeluarga. Siapa juga yang mau sakit kan? Tapi tidak semua yang mau jaga kesihatan. Saya pun begitu juga dulu, tapi bila sudah ada banyak komitmen, rasanya belum terlambat cuma ada sedikit menyesal sebab lambat jadi member Shaklee dari awal lagi. But, better be late than never orang putih cakap.

Saya juga mau sharing video khas dari Nutritionist Shaklee membincangkan tentang hal-hal berkaitan dengan demam denggi. Selamat menonton dan semoga sihat selalu. Take care your body so you can do a lot more fun in your life. 


Love,
Girllyen Marcie

#sayajualShaklee

Please like my BorneoVita facebook page to see more updates.

Tuesday, July 8, 2014

Berminat dengan kerja offshore?

Ada siapa yang berminat mau kerja offshore? Atau dengan Oil and Gas company? 

Ramai yang tanya macam mana mau masuk kerja offshore dengan saya baru baru ni, biasalah, orang muda sekarang suka 'short-cut', fikir sudah habis study, boleh terus apply kerja offshore. Tapi kalau keputusan baik macam mana sekalipun, kalau kadar kolesterol tinggi, atau BMI overweight, bagus fikir macam mana mau kasi turun kolesterol dulu. Kalau ada masalah berat badan atau BMI lari dari normal, selesaikan dulu masalah tu sebelum apply, nanti sudah pass interview, kecewa pula tidak dapat naik offshore. 


►Cabaran Era Masa Kini

Adakah Anda Salah Seorang dari 6 juta Warga Malaysia Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

►Apa itu Kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

►Dua sumber utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda, KOlesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

►Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah anda:

►LDL (Lipoprotein kutumpatan rendah)
►HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagi kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

►Jika anda mempunyai tinggi kolesterol

- Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
- Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
- Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hato seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

►Apakah Penyebab Utama Tinggi kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu cuba anda bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini.

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil lebih kolesterol dari yang disyorkan.

BERTINDAK HARI INI : Ikuti petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi

- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap
- Turunkan berat badan
- Institut kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL


►Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhanwujud secara semulajadidalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

►Jadi, Bagaimanakah Fitosterol berkesan?

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol, Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.

►Berapa Banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

Bertindak hari ini secara semulajadi dengan Phytocol-ST Shaklee

Klik di sini untuk order online: Phytocol-ST

 Feel Free to Like & Share
 www.facebook.com/borneovita

Veralyn Marcie
SID: 1069806
www.borneovita.blogspot.com
Alami sendiri keistimewaan Shaklee yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam

Credit photo: http://www.poweroilandgas.com/2011/12/site-visit-to-st-joseph-platform.html
Credit info: Blossommommy Blogspot

Sunday, March 9, 2014

Suplemen Untuk Ibu Bekerja

Petikan daripada Majalah iSihat, April 2013, Muka Surat 49.

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen & keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik & awet muda tanpa perlu bersenam & menjaga pemakanan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran & pengambilan pemakanan segera & tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:
> 3-5 sajian sayur-sayuran
> 2-4 sajian buah-buahan
> 2-3 sajian jika susu, yogurt & keju
> 2-3 sajian daging, ayam, ikan, telur atau kekacang
> lemak, minyak & gula atau manisan secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee & pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi 3 masalah.

Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet. Kedua, jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk petlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa. Ketiga, sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yg utama dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral & protein.

Kemudian, berasaskan keperluan & gaya hidup anda, tambah vitamin C, B kompleks & vitamin E.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat.

Apa bezanya Shaklee?
Seseorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik & asli buat keluarga & diri agar kekal sihat & ceria untuk menjaga keluarganya. Ramai yang sering bertanya Apa lebihnya Shaklee dari yang lain? Shaklee sering menekankan "The Shaklee Different" ~ Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam. Setiap produk yang dikeluarkan daripada suplemen, isi rumah & juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji & mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan didalam jurnal-jurnal perubatan.

Shaklee Advanced Joint Health Jaga Kesihatan Sendi

Petikan daripada Majalah iSihat, September 2012, Muka Surat 75

Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari


Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.

Produk terbaru Shaklee Advanced Joint Health adalah produk terbaru Shaklee yang mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting termasuk zink, tembaga, vitamin C dan mangan untuk membantu keselesaan sendi dan pergerakan. Hasilnya sendi lebih kuat , fleksibel dan mampu bergerak dengan lebih mudah.

Ia menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral juga formula sayur-sayuran 100%. Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:

- Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
- Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
- Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet juga 100% BEBAS kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung dengan lebih baik. Ini kerana penyelidikan terbaru menunjukkan yang sulfat kondroitin boleh menganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina.


Friday, March 7, 2014

Tip Tingkatkan Susu Ibu

Petikan daripada Majalah I-Sihat, Mei 2013, muka surat 46

Ibu permata hati. Ibu teman sejati. Biarpun pelbagai jolokan diberi; mummy,mama, emak,mak dan umi dan sebagainya namun orangnya tetap sama. Orang teristimewa dan yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman susah senang tatkala duka dan suka yang kita akan kenang dan ingat sampai mati. Walau sebutan ibu semudah 2 suku kata, namun menjadi dan mengalas tuhas seorang ibu bukanlah semudah disangka.

Banyak yang perlu dikorbankan-masa,tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga juga segala yang menjadi miliknya demi sebuah keluarga. Justeru itu sesuai sangatlah para ibu diraikan dengan satu hari istimewa iaitu HARI IBU.

Ibu sihat bermula dengan nutrisi yang betul. Sememangnya dlm memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka dahulu, Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Justeru itu pengambilan suplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan  kesihatan diri apatah lagi bagi bayi yang menyusu susu ibu. Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia  di mana rakyat Malaysia lebih suka makanan yang sedap berbanding makanan sihat. Ini meruntun para ibu memberikan perhatian kepada suplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Penyusuan susu ibu.
Ramai yang telah sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu sendiri kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik dan nutrisi betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung dipasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan memberi anak susu tepung.

Ketahui  RAHSIA vitamin SHAKLEE
Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi  keperluan nutrient penyusuan ibu. 

Vitamin seperti Multivitamin, Protein, Vitamin C, Vitamin B kompleks, kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Anda tidak akan menyesal kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Disarankan menyusui bayi secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua, sesiapa jua.

Protein Hebat Untuk Tenaga Berkekalan

Petikan daripada Majalah Wanita, Januari 2014, muka surat 86-87.

Protein penting kepada manusia kerana ia merupakan asas blok binaan bagi pembinaan oto, pemulihan tisu, sistem imuniti badan dan hampir keseluruhan fungsi tubuh badan. Biasanya, kandungan protein boleh didapati daripada sumber makanan seperti daging, ayam, ikan dan kekacang.

Sebagai alternatif kepada sumber makanan ini, Shaklee tampil dengan produknya yang dikenali dengan ESP Soy Protein Isolate Powder. Berasaskan tumbuhan semula jadi yang berkualiti tinggi, protein ini mengandungi 14 gram protein soya dan 500 miligram kalsium bagi setiap hidangan di mana ia sangat baik untuk kesihatan jantung.

Selain itu, ESP Soy Protein Isolate Powder membantu mengekalkan otot, menstabilkan hormon serta memperbaiki tidu dan menghasilkan enzim. Malah kehadiran protein ini menyokong sistem imuniti badan, mengekalkan tahap kolesterol pada tahap normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Paras indeksnya yang rendak pula membantu mengekalkan paras gula dalam darah pada aras normal.

Sementara itu, kandungan Kacang Soya atau nama saintifiknya, Glycine max yang terdapat dalam ESP Soy Protein Isolate Powder mampu menangkis rasa lapar kerana ia membekanlkan tenaga yang berpanjangan dalam tubuh badan. Produk tenusu dan soya yang berbentuk bukan GMO pada protein ini dijamin berkualiti tinggi untuk mengekalkan tenaga, kecergasan dan stamina.

Lebih istimewa, ESP Soy Protein Isolate Powder bercirikan rendah lemak, bebas kolesterol dan diperkaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal yang mana dapat mengekalkan tenaga badan manusia. Oleh itu, pengambilan ESP soy Protein Isolate Powder daripada produk Shaklee yang berasaskan tumbuhan semula jadinya itu terbukti selamat, berkesan dan halal.


Monday, February 3, 2014

Vita-Lea Murah - Promosi bulan Februari (buy 6 free 1)

Harga 1 botol Vita Lea = RM88.75 (mengandungi 120 biji, bekalan sehingga 4 bulan), rasa mahal? Cuba kira berapa sebiji? Cuma 0.70 sen sehari untuk 30 nutrisi lengkap. Dan sebulan cuma makan belanja RM22 (lagi mahal bayar petrol ke hospital). Kalau member lagi dapat banyak penjimatan. Apa yang best sangat dengan Vita-Lea? Jom gali sikit.

Kenali Vita-Lea with Iron Formula Shaklee
=============================
♥ Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
♥ Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
♥ Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
♥ Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
♥ Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
♥ Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
♥ Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
♥ Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
♥ Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
♥ Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahunboleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
♥ Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
======================
✔ Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
✔ Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
✔ Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
✔ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
✔ Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
✔ Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
======================
✿ Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
✿ Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
✿ Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
✿ Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
✿ Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
✿ Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
✿ Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
✿ Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
✿ Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
✿ Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
✿ Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
✿ Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
✿ Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
✿ Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
✿ Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
✿ Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
✿ Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
✿ Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
✿ Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

Siapa Memerlukan Multivitamin
=====================
►Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
►Individu yang tidak lengkap diet hariannya
►Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
►Remaja yang sedang membesar
►Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
►Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
►Individu yang menopous
►Wanita yang baru bersalin

►Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

►Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

►Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

►Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
♦ ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
♦ peraiaran / laut yang telah tercemar
♦ tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
♦ selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Cara pengambilan vitamin:
Selepas sarapan, 1-2 biji sehari

Untuk pesanan, hubungi Girllyen Marcie, atau PM Borneo Vita, atau SMS/whatsapp 0198312098. Promosi bulan Februari, beli 6 percuma 1.

Wednesday, January 8, 2014

Set Kesuburan Shaklee


Awal tahun baru ni, ramai yang tanya pasal SET KESUBURAN SHAKLEE..Ada yang menrancang untuk hamil untuk tahun ni, ada yang mau tambah keturunan.. Mudah-mudahan dipermudahkan..

Mari kita cungkil serba sedikit info tentang Kesuburan ni..

****************************

Punca ketidaksuburan WANITA

✔ Saluran tiub fallopio tersumbat
✔ Endometriosis
✔ Gangguan telur
✔ Masalah rahim

Punca ketidaksuburan LELAKI

✔ Sperma tidak matang
✔ Sperma tidak berkualiti (cacat dan sebagainya)
✔ Kuantiti sperma kurang
✔ Gangguan pengangkutan sperma

Berdasarkan punca-punca di atas, beberapa langkah boleh diambil untuk hamil iaitu:-

✔ Mengambil Multivitamin
✔ Dapatkan berat badan ideal
✔ Ketahui waktu subur
✔ Tingkatkan kesuburan lelaki
✔ Kurangkan tekanan

+++++++++++++++++++++++++++

SET MUDAH HAMIL ini mengandungi nutrisi yang lengkap untuk persediaan hamil buat suami dan isteri. Ketahui kepentingan setiap vitamin seperti di bawah:-

[B-Complex] 
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.

[Vitalea]
Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.

[Vitamin C] 
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan.

[GLA] 
Penghasilan estrogen serta menyeimbangkan hormon.

[Zink] 
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan

APA VITAMIN YANG PERLU??

Vitamin untuk suami dan isteri
1. Vitalea - RM88.75 (WM) RM93.75 (EM)/ 120bj / 4 bulan
2. B Complex - RM53.75 (WM) RM56.25 (EM)/ 120bj / 4 bulan
3. Vita C - RM92.50 (WM) RM97.50 (EM)/ 180bj / 6 bulan
4. Alfalfa S (Optional) - RM53.75 (WM) RM56.25 (EM) / 330bj / 1 bulan atau 3 bulan (Bergantung cara makan

Tambahan untuk Isteri Sahaja
4. GLA - RM91.25 (WM) RM95 (EM) / 60bj / 1bulan ATAU 4 bulan (bergantung cara makan)

Tambahan untuk Suami Sahaja
5. Zinc - RM33.75 (WM) RM35 (EM) / 120bj / 4 bulan
6. Vitamin E - RM149 (WM) RM154 (EM) / 120bj / 4 bulan

CARA MAKAN??


Suami Isteri makan
Lepas Sarapan - 1bj Vitalea, 1bj Bcomplex, 1bj Vita C

Suami makan
Sebelum Sarapan - 1bj Zinc
Sebelum Tidur - 1bj Vitamin E

Langkah Pertama:
Isteri makan - jika PERIOD TERATUR, so terus mau makan untuk dapatkan baby
Sebelum tidur - 1bj
Sebotol GLA tahan 4 bulan

Makan START dari 1st day PERIOD sehingga 1 hari SEBELUM hari subur, kemudian STOP dan makan semula pada 1st day period bulan berikutnya. If belum period JANGAN MAKAN, manala tau pregnant suda kan. If pregnant terus STOP makan GLA.
Cara tentukan hari subur, jika kitaran 30hari, bermakna hari subur adalah pada hari ke 15 (bahagi 2), so hari ke14 tu hari terakhir untuk makan GLA.

ATAU

Langkah Kedua
Isteri makan - jika PERIOD TIDAK TERATUR, MASALAH CYST DLL

Sebelum tidur - 2bj, atau
Makan 1bj sebelum sarapan DAN 1bj sebelum tidur
Sebotol GLA tahan 1 bulan
Makan SETIAP HARI sehingga kitaran stabil, selalunya mengambil masa 3-4 bulan.

Harga Set Kesuburan (tidak termasuk optional)
Bukan Member - RM509 (WM) RM531.50 (EM)
Member - Potongan 20% dari harga bukan member


Tuesday, December 31, 2013

Menjadi Ahli Shaklee

Ingin menjana 5 Angka Pendapatan Bersama Shaklee?

Hanya untuk yang serius berminat sahaja.

Bagaimana?

WAJIB mendaftar menjadi ahli Shaklee, maka anda akan mendapat kelebihan ini.

Mengapa kena mendaftar menjadi ahli?

1) Seumur hidup dapat membeli dengan harga ahli.

Pengambilan vitamin adalah perlu untuk optimumkan kesihatan anda. Salah faktor pengambilan vitamin adalah perlu kerana makanan sekarang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan dan keselamatan yang optimum. Contoh, kita pun kan tahu, ayam yang kita makan dicucuk beberapa kali, untuk mengelakan selsema burung, kemudian di suntik lagi untuk cepat besar dan juga untuk dagingnya kenyal.
Jadi dengan mendaftar menjadi ahli, anda boleh membeli vitamin dengan harga jimat. Untuk pengetahuan anda semua, vitamin Shaklee adalah antara yang terendah di pasaran..

**KLIK UNTUK DAFTAR AHLI --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html

2) CASH BACK/ BONUS
Makan vitamin dapat bonus, best kan? Vitamin adalah satu keperluan semua orang, dari kecil hingga ke dewasa dan orang-orang tua. Jadi anda akan sentiasa perlu untuk mendapatkan vitamin untuk memastikan nutrisi di dalam badan anda mencukupi.

Dengan menjadi ahli, kita boleh belikan vitamin untuk anak kita, mak ayah kita, adik beradik kita dan saudara-saudara kita.
Apabila kita sudah banyak membeli, jika point minimum sudah cukup, kita sudah layak untuk dapat bonusss!! Sapa yang kasi duit saja-saja tanpa tujuan, betulkan, paling kurang boleh beli untuk belanja dapur.

**KLIK UNTUK DAFTAR AHLI --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html

3) Sistem Shopping Online.
Sejak 1 Oktober 2013 Shaklee telah menggunakan sistem online 100%. Jadi amat mudah untuk semua orang untuk membeli vitamin yang mereka mahu. Tidak perlu menyusahkan orang lain dan lebih selesa untuk memilih apa yg kita mahu beli. Harga sebagai ahli pun siap tertera di skrin komputer.

Kita juga boleh melihat berapa point yang telah kita beli pada bulan tersebut. Jika mahu mendapat bonus/cash back kita boleh lihat berapa lagi UV yang diperlukan.

**KLIK UNTUK DAFTAR AHLI --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html

4) Penghantaran diuruskan oleh Pihak Shaklee.
Ini paling seronok membeli barang dengan Shaklee. Urusan pos semua dilakukan oleh mereka. Barang boleh dipos ke rumah kita, dan juga boleh dipos kepada alamat yang kita tetapkan. Tak perlu dibeli barang, kemudian pergi ke pejabat pos dan pos kan... Mudah kan??
Paling seronok, sikit atau banyak kos pos adalah tetap iaitu RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Kalau pembelian kita lebih RM800, kos pos adalah percuma.. Itulah sebab utama saya memilih Shaklee juga.

Jika ada kawan kita yang jauh mahu membeli, mudah saja, tak payah nak hantar jauh2, semua di uruskan oleh Shaklee.

**KLIK UNTUK DAFTAR AHLI --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html

5) Tak perlu MODAL jika mahu berniaga.
Dengan mendaftar ahli sebanyak RM75, jika ada yang ingin berniaga, tidak perlu sudah untuk mengeluarkan modal. Jika ada pelanggan mahu membeli, mereka akan bank in duit yang perlu dibayar, kemudian kita sendiri akan gunakan duit tersebut dan memesan barang dari Shaklee secara online. Mudah kan??

Kita tidak perlu menyimpan stok langsung kalau nak di ikutkan, tapi biasanya untuk agen yang sudah lama, ada juga menyimpan stok kerana vitamin memang cepat habis dari HQ dan cawangan. Macam saya, memang pajak stock yang hot hot macam Lecithin, Herblax, Advanced Joint Health mesti ada.

**KLIK UNTUK DAFTAR AHLI --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html


*** Bagi yang ingin berniaga, pihak kami membimbing anda untuk serius untuk menambah pendapatan. Coaching dan pelatihan akan diberikan sehingga anda berjaya, yang penting ada kemahuan untuk berjaya.

PM saya untuk menjadi ahli.
Isi borang di sini untuk menjadi ahli dalam 5 minit --> http://borneovita.blogspot.com/2013/12/daftar-ahli-shaklee.html


Daftar Ahli Shaklee

Thursday, November 28, 2013

Shaklee Di Bawah RM50

Ramai sudah yang tau pasal Shaklee tapi rasa produk Shaklee mahal, tapi sebenarnya, kalau dikira kuantiti tablet tu, barangan Shaklee adalah murah dan sangat berbaloi sebab dia sentiasa selamat, berkesan dan hijau yang bermaksud dari alam semulajadi sahaja dan paling penting lagi adalah Halal. Share dengan keluarga dan kawan-kawan hari ini, dan boleh pesan dengan saya. Penghantaran ke seluruh Malaysia.


Tuesday, November 26, 2013

Motivation & Recognition Rally - 9 November 2013

Sebenarnya, ini cerita lama sudah, first time join function Shaklee ni. Cuma mau kongsi gambar dan kisahkan pengalaman ikut function ni. Function ni mengisahkan cerita pengalaman 2 master yang hebat, dan salah seorang tu ialah Master Aya yang berasal dari Sabah dan seorang lagi tu Master Norhalimatul dengan kisah yang berbeza. Master Aya menceritakan bagaimana dia bermula dengan Shaklee ni, dari paksaan menjadi seorang yang menerima bonus 5 angka setiap bulan. Siapa sangka, dengan paksaan yang direlakan menjadikan dia seorang yang dikagumi dan pendorong cita-cita kami yang sedang melangkah ke alam yang sama melalui Shaklee. Master Aya juga mengatakan, "Kehidupan adalah anugerah. Ia datang dengan keistimewaan, peluang dan tanggungjawab untuk memberi dan menerima tanpa batas." Jadi janganlah berhenti berharap, rebutlah peluang yang ada dan sentiasa berusaha untuk menjadikan impian itu jadi kenyataan. Kini Master Aya tengah membina rumah yang lebih besar disamping kereta mewah yang dimiliki melalui Shaklee. Tiada yang mustahil bukan. Mungkin sekarang kita terasa sangat susah untuk mencapai apa yang kita hendak, tapi dengan usaha dan hati yang ikhlas, tentu buahkan hasil yang baik.
Lain pula cerita daripada Mas Norhalimatul. Dia adalah seorang peguam, yang sudah mempunyai kehidupan yang baik, rumah yang besar, memiliki sebiji kereta BMW, BMW ok, bukan BMX. Dan kenapa dia telah memilih Shaklee sebagai 'kerjaya' dia? Sedangkan kita semua tahu, bukan sikit gaji seorang peguam bukan? Namun, apa yang dikongsikannya ialah, ya, seorang peguam mungkin mempunyai semua harta yang boleh dimiliki dengan senang, namun, kerja seorang peguam menggunakan masa 24jam untuk bertugas, dan tidak kira hujung minggu atau bukan. Dia memilih Shaklee sebab dia percaya yang apa yang dia hendak akan dia miliki dengan usaha yang tersendiri. Saya ada sedikit sebak apabila, dia menceritakan bahawa anaknya meminta dia untuk temankan 1 hari ketika dia tengah sibuk melihat kertas kerjanya di rumah. Sebagai working mom, saya sangat memahami keadaan ini dan terkedu sekejap mengenangkan anak kecil di rumah ni. Suatu hari, saya juga berharap mencontohi jejak langkah master-master ini dan dapat meluangkan masa yang banyak kepada anak-anak ketika mereka masih kecil, sebab tatkala kita sibuk bekerja, disitu jugalah si kecil membesar, dan mungkin apabila kita sudah berusia, anak yang kecil itu sudah besar dan mungkin telah berkahwin, dan mungkin masa itulah kita akan terfikir, dimanakan kita waktu mereka belajar untuk mengenal dunia. Renungkanlah akan masa depan mereka. Marilah kita sama-sama melangkah maju ke hadapan, dan mencuba sesuatu yang mungkin akan mengubah nasib kita akan datang. Jaga kesihatan di samping berniaga secara halal. Saya harap suatu hari nanti, kamu akan menghubungi saya dan bertanya khabar. Usah ragu-ragu, menjadi ahli Shaklee amatlah senang dan produk pun sangat bagus. 













Friday, November 22, 2013

Manfaat Kesihatan - Vivix™

Pagi tadi, sepupu saya datang rumah dan bagitau saya yang dia memerlukan beberapa vitamin Shaklee, dari set sendi, set gastrik sampailah set kecantikan kulit. Jika mengikut pengambilan set-set ini, bermaksud dia memerlukan B Complex, Vita C, Vita E, Alfalfa, Ostematrix, Vita Lea dan Advanced Joint Health Tablet yang berjumlah RM699 (harga Sabah/Sarawak) yang juga melayakkan dia untuk mendapatkan free membership. Namun, dengan keadaan masanya yang tidak berapa flexible (bekerja sebagai tourist guide), saya syorkan dia mengambil 1 produk saja iaitu Vivix™. Sebotol Vivix™ berharga RM499 (bagi Sabah/Sarawak) dan pada bulan ini, promosi bagi yang membuat pembelian 6 botol dapat free 1 botol Vivix™. Kalau rasa mahal, dapatkan harga menarik dari saya atau berkongsi dengan ahli keluarga dan dapatkan 7 botol Vivix™ dengan harga 6 botol sahaja. Mari kenali kehebatkan Vivix™ ini.

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix™ juga berperanan:-

  • Mengurangkan komplikasi kencing manis
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menggalakkan Penuaan yang sihat
  • Membantu mengelakkan kanser
  • Meningkatkan kesihatan arthritis & menyokong kesihatan sendi
  • Bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan


Bayangkan 10x ganda lebih hebat dari resveratrol, dan apa lagi kegunaan resveratrol ini? Sila lihat dibawah.

Bagaimana? Masih ragu-ragu dengan kehebatan Vivix™?

Kalaulah Vivix™ ditemui sebelum ayah saya meninggal, sudah tentu dia masih tersenyum bersama kami sekeluarga pada saat ini. Sekirnya kamu masih ada perasaan untuk ibu bapa kamu yang memerlukan, ingatlah Shaklee adalah produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 2 Ogos 2010.

Siapa tidak mahu hidup macam orang muda?

Kiralah sendiri.

Dapatkan 2 botol Vivix™ sekarang dan rebut peluang menjadi ahli secara percuma! Sah hingga hujung bulan November sahaja.